Friday, 17 September 2010

Belum

Raya kami belum habis. Hari minggu raya telah diraikan bersama ahli keluarga dan kawan-kawannya di pinggir kota Lond*on. Hari minggu akan datang esok dan lusa akan diraikan bersama rakan-rakan kami di Men*ai dan Bang*or, insyaAllah. Pada pagi raya, rakan-rakan kami di sini telah berkumpul sesama mereka di dewan universiti. Malam sebelumnya, mereka berkumpul bersama jua untuk malam takbir raya. Alangkah meriahnya dan ruginya tak dapat kami raikan bersama mereka.
Namun, hari raya kami bersama ahli keluarga tidak kurang meriahnya. Juadah raya kami cukup simple - nasi dagang Ganu dan nasi impit. Kemudian, hari pertama dan kedua kami penuhi dengan mengunjungi 'open house' rakan-rakan ahli keluarga.

Walaupun kali ini raya kami di lain benua, suasana berbeza dengan kampung halaman, namun diri ini amat bersyukur kerana masih ada tenaga dan kudrat untuk meraikannya, masih ada rezeki yang enak untuk dijamah, masih ada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bersama. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

p/s: letak sekeping dulu gambar raya sebab masih berada di school. Nanti saya update lagi!


3 comments:

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

wow roamtic nye gamba!

azmina ibrahim said...

comelnya....selamat hari raya fara & azrul...spt biasa..dlm gmbar tuh mesti ada 'trademark' fara...those cute little bear kat blakang ;-)

fara said...

qila: hehek.sekali sekala.time raya je gambar mantik2 ni. kui

azmina: gambar raya lagi comel. hik. bears auntie punya tuu. kui2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...