Friday, 20 August 2010

Perihal suprise si Kaswi

Rutin
Sejak2 bulan Ramadhan, masih belum entry daripada sang isteri yerk. Dia busy sangat ke? Pagi ke sekolah seperti biasa, balik sekolah macam orang Mesia (pukul 4 atau 5) padahal waktu berbuka 9pm nanti. Pukul 7.30 dah mula memasak juadah, main dish dan juga dessert pilihan si suami. Selepas berbuka lebih kurang hampir pukul 9..berehat 15-20 minit sebelum mengerjakan solat. Setelah habis menunaikan solat, sudah hampir pukul 11, tak sempat nya nak menyentuh makanan kerana perut masih 'full'.. maka kami langsung beradu sehinggalah bangun sahur kemudiannya pukul 3.30am. Waktu Subuh kini pukul 4.35am.


Suprise
Bulan puasa lah bulan eksperimentasi bagi saya. Eksperimen kuih-muih. Semalam saya buat kuih kaswi, favourite si dia. Mulanya hampir tak menjadi, frust macam nak nangis. Tapi setelah dibiarkan seketika, rupanya, alhamdulillah!! Sebaik lar ada si dia yang penyabar. Kalau ikutkan saya, dah lama buang. Sebaik lar tengok internet last minute. Kalau ikutkan saya, dah lama buang. Huhu.

Sewaktu mula2 membancuh, dah siap letak dalam kukusan, ALAMAK!! Kapur lupa letak. Punya lar pinjam, 'pinjam'?Bukan2, codek sikit kapur dengan Kak I. Sebaik lar Kak I ada kapur, import dari Mesia. Letak lar kapur makan(kuih) tengah-tengah masak tu, sebaik lar sempat. Fuh! Tapi cuma sesuku sudu teh kapur. Kapur untuk apa, saya taktahu! :p

Culik daripada si Google

Setelah setengah jam masak, dia masih belum 'set', lembik semacam, berair lagi. Letak satu bekas dalam microwave selama 3minit, bila dah cukup masa, saya tengok masih ada airnya. Letak lagi 3minit dalam keadaan bertutup. Pabila dah sampai MASANYA..walla.. berkedut seribu kaswiku. Kecut!! Mengamuk uwak2 dah saya!! Si dia kata takpe lar, dia makan jua.

Petua
Oh ya, sebenarnya kaswi nak buat sebagai 'surprise' juadah buat si dia. Kegemaran dia. Ibunya suka buatkan untuknya. Saya nak lar buat kegemarannya. Saya bagitau dia yang saya nak buat tok haji serban. Haa..nak suprise sangat, kang dah TERsuprised diri sendiri.

Bekas kuih kaswi satu lagi sayang, takut untuk kami letakkan dalam microwave, malas pulak dah letak dalam pengukus lagi. Belek lar si Google. Rupa2nya, memang patut ada air di permukaan kuih itu (sebab masak dalam pengukus), biarkan saja, serapkan dengan kain/kitchen towel, kemudian sejukkan. Duhhh.
Kami pun biarkan lar kedua2 bekas. Setelah sejam, akhirnya dia 'set' elok. Kuih kaswi yang kedut memula tu, dia mengeras lembut. Kuih kaswi yang berair tu pun menjadi. Syukur. Diri ku tersurprised lar plak. Kemudian, dipotong dengan pisau balut dengan plastik, gaul-gaul dengan kelapa parut. Sebekas untuk kami, sebekas buat Kak I yang dermakan kapur :D

Moral of the story.. jangan putus asa dan berSABAR lah dengan dugaan. Jangan ngamuk2 tak tentu pasal :P

Resepi
Mahu resepinya? Saya dapatkan daripada rujukan favourite saya: Hanieliza fotopages. Saya gemarkan resepi2nya kerana sukatannya yang senang (cawan) dan resepi yang dimudahkan. Dan insyaAllah menjadi. Maka, saya memang trust resepi dia. Lagipun dia orang Ganu, maka ada lar masakan tradisional Ganu. ;)



Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir (saya gantikan dengan gula putih)

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung (saya gunakan tepung jagung)
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


*Oleh kerana bancuhan awal kelihatan warnanya agak pucat, saya letakkan beberapa titik kicap (petua internet) untuk mengelapkan warnanya. Walla..menjadi. Tapi sayang, kamera tak sempat menangkap gambarnya. Bulan puasa ni tak pernah keluarkan kamera pun, itu pasal tak pernah ada gambar juadah berbuka. Hik.

2 comments:

Hanis MY said...

sodapnyerr nak jugekss, terernya buat kuih..tabik la, kalau hanis sure surrender huhu...

azmina ibrahim said...

kuih fav azmina gak.....best best best nya....kat cni sbb byk, kuih tunjuk jer la....kena g blaja jauh gak la ni...sume wat sndiri...congrats fara...p/s-kamera tuh kuar-kuarkan ler...nnti jadik cm azmina laks..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...