Friday, 27 August 2010

Operasi pindah

Hanya sebahagian kecil

Kami mula memindahkan barang-barang ke rumah baru pada hari ini. Operasi telah dimulakan sejak pagi tadi. Alhamdulillah, cuaca bagaikan memahami. Hujan renyai hanya seketika. Menjelang tengahari, mentari kembali menyinari lagi. Walaupun kami masih belum cukup setahun menduduki Cymru..tapi barang!!.. (Mahunya mengangkut 2,3 trip ni). Kami secara rasmi akan menyewa rumah baru pada 1hb, tetapi tuan rumah yang baik hati lagi baik hati membenarkan kami memulakan operasi pemindahan terlebih awal.

Tujuan berpindah? Kerana inginkan sebuah rumah yang lebih dekat dengan school saya. Saya hanya perlu jalan kaki ke school memandangkan kerja makmal mungkin tidak menentu. Tujuan kedua, mencari rumah yang lebih murah sewanya. Alhamdulillah, walaupun satu bilik seperti kini, tapi rumah baru lebih besar dan bayaran sewa yang lebih rendah berbanding kini.

Sekarang, saya sedang berehat seketika di rumah lama, sementara encik suami menunaikan solat Jumaat. Sekarang, saya ingin menyambung operasi mengemas barang yang masih belum selesai. Sekian, harap maklum. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sihat sejahterakan lah kesihatan kami dan permudahkan segala urusan kami ini. Amin.

2 comments:

Nor Q said...

Nanti jangan lupe letak gambo umah br tfk yek!Hehehe

fara said...

Yer, sure nor. Itu pasti..insyaAllah! :D Dah get ready with pics ni..cuma masa untuk bercerita and upload saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...