Tuesday, 3 August 2010

Mood hari ini


Bercelaru. Tak faham. Pening. Penat. Malas. Tiada mood. Gusar. Sedih. Syukur. Sedih jugak.

Baru habis kerja di sekolah. Kerja paksa rajin sikit-sikit. Mungkin hari pertama bekerja setelah ada hari minggu extra 1 hari. Semalam sepetangan entertain rakan-rakan suami merangkap rakan-rakan baru isteri dari belah selatan Cymru. Sebentar nanti ke rumah rakan untuk aktiviti wajib (makan+borak), tapi kali ini berseorangan kerana rakan serumah sibuk di sekolah dia.

Kotak azimat-penuh-makanan dari bumi Ganu baru sampai di rumah rakan petang tadi, alhamdulillah. Menggunakan alamat rumah rakan kerana sangkakan kotak sampai lambat lagi, sewaktu kami berpindah nanti. Sangkaan meleset. Kotak sampai awal kerana melalui ruangan udara. Pantas gitu! Terima kasih ayahanda bonda. Tak sabar nak masak raya. Hik!

Minggu ini belum lagi berjumpa dengan supervisor hensem. Hurm. Apa nak cerita kat dia minggu ni? Opp oooo.

Till next time peeps!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...