Wednesday, 25 August 2010

Kuih Tok Aji Serban

Saya memang ambil resepi Hanieliza.fotopages. Tapi saya tak gunakan tepung untuk bahagian 'serban'nya. Saya adjust mengikut suka hati saya berdasarkan pembacaan tips2 di internet.

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
Setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula merah
3 biji telur
1 s/t garam

Cara-caranya adalah:
Lapisan Bawah (pulut)

1. Kukuskan pulut sehingga masak.
2. Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
3. Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.

Lapisan Atas (serbannya)
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
2. Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit atau kurang.
4. Setelah sejuk, boleh lah ianya dipotong. Lebih senang potong dengan pisau yang dibalut dengan plastik.

Selamat mencuba!!
Selamat berjaya!!

Sekian.

2 comments:

Hanis MY said...

fara mana gambar nk tgk... bestnya asik buat kuih je..thank u share resipi, semoga sampai seru nak buat hehe..sebab kompem tak jadi kalau buat...

fara said...

guess what..gambar kuih yg dah dipotong lupa ambik sebab keciwa tak cantik. huhu. tapi rasa..sodapp. cuba lar cuba lar. hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...