Sunday, 22 August 2010

Juadah beramai

Semalam, hari minggu, kami berbuka bersama-sama rakan-rakan rapat di sini beramai-ramai. Tujuannya dapat bertukar-tukar menu supaya tidak bosan berbuka puasa dengan menu sendiri. Setiap minggu akan bergilir-gilir tuan rumah berbukanya. Kami insyaAllah di hari minggu bulan Ramadhan terakhir jika ada kesempatan. Semalam, kami berdua membawa hanya asam pedas mackerel. Kuih untuk dibawa kami tinggalkan di rumah kerana TAK JADI !! :(
Juadah yang menjadi hidangan kami semalam, mee rebus, asam pedas, lemak udang nenas, salmon panggang, pecal, burger malaysia, apam balik, air tembikai dan kopi. Alhamdulillah. Terima kasih Kak S kerana menjadi host yang terbayek lah!!


Hanya separuh meja dapat diabadikan


Hanya separuh tetamu yang dapat diabadikan

Gambar makan dan beramai-ramai tidak dapat diabadikan oleh kerana terlalu asyik menikmati segala macam hidangan. Harap maklum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...