Tuesday, 10 August 2010

Here it is

Ramadhan kini muncul kembali Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Semoga kita semua beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa dengan sempurna sepanjang bulan ini. Semoga semua ibadah kita diberkati dan diterima oleh Yang Maha Esa.

Tahun ini sudah kali ketiga kami menyambut Ramadhan bersama-sama. Tahun ini merupakan kali pertama lar sang isteri berpuasa di perantauan. Huhu. Si suami sudah biasa..bertahun2 di negara orang. Tapi puasa dia di perantauan kali ini, dia gumbira, dia tak perlu masak sendiri, dia ada 'tukang masak'. Apa lar menu nak masak best untuk buka puasa hari-hari.. kuih muih pastinya tiada di dalam senarai menu sang 'tukang masak' ini. Hik! Tapi telur dan sardin mungkin menjadi pembuka selera kami semasa bersahur (tapi takmau lar hari-hari). Dah ada stok, rezeki daripada kawan London, alhamdulillah. Tesco sini ada jer sardin dalam sos, tapi pastinya bukan brand Ayam.

Tapi.. kami belum pasti bila kami akan berpuasa. Nanti malam baru telefon pak2 imam yang ada. Kami akan berpuasa dari pukul 3am sampai 9pm. Huhu. Semoga diriku tabah!

Berita terkini! Ar osod = To let


Berita terkini, rumah kami untuk disewa. Hik. Baru sahaja minggu lepas maklumkan kepada tuan rumah dan agensi rumah yang kami akan berpindah keluar. Semalam, terus mereka pacakkan tiang penanda 'to let' tersebut. Efisyen! Tak sabor2 nak suruh kami keluar yerk. Hik. Tapi tentunya, mereka orang berniaga, mesti taknak rugi sehari pun. Semalam pacak, semalam keluar kut internet, semalam juga lar ada 3 orang yang datang bersama pihak agensi untuk melihat2 rumah kami tersebut. Bagaikan pisang panas.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...