Tuesday, 29 June 2010

Tolong Kawan Kemas/Pindah



Lori kontena yang ditunggu-tunggu

Kaum wanita di ceruk dapur

Sesi mengangkut dari pagi ke lewat tengahari

Barang yang bakal terperuk di dalam kapal selama sebulan

*cerita sudah basi*

Seronok dan penat tolong kawan pindah. Seronok dapat makan, seronok dapat borak dan seronok tengok lelaki2 gagah mengangkat barang. Tak dapat bayangkan kalau keluarga mereka kena pindah/angkut barang sendiri2. Komuniti Malaysia di sini amat kecil, beberapa keluarga sahaja yang ada, maka acara pindah rumah telah menjadi sebagai acara berkumpul aka gotong-royong aka makan2 sekali setahun kekerapannya.

Pada awal bulan Mei yang lalu, kami bersama-sama menolong Abang A dan Kak P memindahkan barang mereka ke kontena, untuk pulang ke tanahair. *sobsss* Kini mereka telah selamat sampai di bumi Mala*ysia tercinta, menyambung kembali tanggungjawab mereka terhadap negara. Manakala pada akhir Mei pula, warga Mala*ysia di sini bertungkus lumus membantu Abang H dan Kak S pula berpindah rumah. Keadaan yang tidak mengizinkan untuk mereka terus mendiami rumah universiti. Hikmahnya mereka mendapat rumah yang lebih selesa buat mereka sekeluarga.

Sempena pesta mengangkut barang ini, tentunya kaum lelaki telah mengerahkan tenaga dan kudrat untuk mengangkut segala harta benda ke rumah baru atau kontena. Manakala kaum wanita bertungkus lumus menyiapkan juadah makan pagi dan tengahari untuk semua tetamu. Kaum kanak-kanak tidak ketinggalan untuk berkumpul beramai-ramai dan meriuhkan suasana berpindah dengan jerit-pekik, berkejar-kejaran ke sana ke mari (banyaknya kata ganda, kalau cikgu BM tengok ni.. dah potong markah).

Abang A dan Kak P antara keluarga yang terawal pulang pada tahun ini. Beberapa lagi keluargawarga Mala*sia Ban*gor yang akan menyusul mereka selepas ini, pada tahun ini juga. Aduhai.. entah2 kami sahajalar yang tinggal nanti di ceruk kampung Wales ini .. Dengar khabar, negara kita bakal mengurangkan kemasukan pelajar ke negara ini. Huhu!! Dengar khabar, kerajaan UK juga akan meng-hadkan kemasukan orang luar ke negara ini. Lagi lar HUHU!! :P

Troli untuk angkut barang, tapi angkut budak lar plak

Tolak bang..tolak

'Half time' untuk kaum lelaki

Borak+masak+borak+borak

Sesi makan episod 1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...