Wednesday, 30 June 2010

Suka duka bersama



Makin kenal .. makin sayang

Haha. Cerita amatlah basi sekali lagi.

Terima kasih Azmina atas ucapan di blognya. Cepat jer masa berlalu kan. Diri ini teringat lagi sewaktu saya dan azmina terjumpa dalam toilet di blok lama office kita dan bincang perihal kahwin ini. Haha.
Memang ramai betul yang celebrate ulangtahun perkahwinan pada bulan ini. Yelar, time cuti sekolah pertengahan tahun, senang buat kenduri. Senang bercuti. Cuti sekolah sekali dengan cuti Birthday Agung. Semua ahli keluarga senang untuk hadir.

Kami kini telah mencapai tahun ke-TUTTT (hehe.. buat2 rahsia) di alam perkahwinan kami. Alhamdulillah..syukur sangat padaNya kerana dijadikan kami pasangan buat diri masing-masing, mengecapi kebahagiaan setiap saat kehidupan bersama, melalui segala suka-duka bersama, dikurniakan rezeki yang teramat cukup buat kami berdua. Bersyukur sangat pada Ilahi. Moga segala gaduh-gaduh manja dapat membuatkan kami lagi terasa nikmatnya bahagia. Moga segala tawar-masin masakan suami isteri dapat menambahkan kemanisan dalam kehidupan kami. Moga kami saling kuat dan tabah untuk diri masing-masing dalam mengharungi segala perit jerih PhD ini. Amin. Moga perkahwinan kami ini dirahmati olehNya, dimurahkan rezeki dan dikekalkan bahagia di dunia ini ..dan akhirat nanti. Amin.

Tahun ini kami tak dapat menyambutnya sepertimana yang kami rancangkan. Piknik romantik2 di tepian pantai dengan kek comel, bakul piknik yang belum dirasmikan.. berbagai lar kami plannya. Tapi masa yang tidak mengizinkan. Agenda harian dan mingguan kami penuh dengan perkara lain yang perlu kami dahulukan. Kita tangguh tahun depan yerk cayam? Huhu. Kami cuma dapat bertukar-tukar hadiah. (dapat bear comeil yang diidam-idamkan!! Kanak2 tak saya??) Hik! Oleh kerana tidak dapat berpiknik, kami hanya bersantai di taman bunga (seminggu selepas itu), dan meneruskan hobi kami..iaitu bergambar gedik2 dengan baju annivessary lar kununnya. :p











6 comments:

Hanis MY said...

woww cantik2 gambar...i loike, happy anniversary..bestnya dpt bear hanis pun suka bear gak hehe...btw nk tny Fara edit gambar (letak nama blog) guna software apa? hanis guna paint je tak reti la huhu..

azrul said...

Senang pakai free software nama 'FastStone'. boleh cari kat 'download.com'. Boleh buat multiple gambar dalam satu process...

fara said...

Hanis..thanks. Your pics lagi cantik.. diambil oleh orang professional. kami...hanya encik tripod. hihi.

haa.. si dia sudah menjawabkan soalan hanis.. 'FastStone'. Senanggg sangat. try lar Hanis!

Hanis MY said...

ok thanks a lot guys.. :D

erma said...

haha...sungguh ketinggalan diri ku ini...baru je explore blog nih...ape2 pon semoga both of u bahagia selalu...suke sgt tgk u all happy... =)

fara said...

thanks erma. erma saya tu kan? hihik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...