Wednesday, 30 June 2010

Dia datang..dengan senyuman

Bersantai di bawah Men*ai Bridge

Berjalan di Garth Pier

Lawatan tidak rasmi ke Bang*or University

Episod kunjungan terhormat rakan lagi.

Dia datang untuk 2 hari.. melawat kami dan juga Kak I sekeluarga.
Dia.. sahabat kami di BTN Ulu Se*pri (menjadi tujuan BTN.. merapatkan silaturahim antara pelajar luar negara) dan dia juga..merupakan sahabat lama Kak I di UM*T. Dunia ini kecil. Aku kenal mung, mung kenal aku. Pi mai, pi mai, tang tuuu jugak. Dia bakal meninggalkan bumi UK tidak lama lagi. Huhu. Hilang sahabat kami sorang lagi. Tiada lagi peneman kami pabila singgah di Manches*ter selepas ini.

Tempat Bang*or dan Men*ai ini kecil, tidak banyak untuk dikunjungi tapi kami cukup puas membawa dia berjalan-jalan. Maaf kerana plan yang tunggang-langgang. Yang penting.. Snow*don dan Men*ai Bridge telah selamat dikunjungi. Tempat-tempat yang WAJIBUN! Garth Pier dan Bangor Uni adalah harus dan juga telah berjaya dilawati. Garth Pi*er dapat melihat pemandangan laut Me*nai, seberang Angle*sey dan juga sebelah Ban*gor, serta gunung Snow*don. Boleh juga menikmati scones terkenal di sini tapi tiada rezeki buat tetamu kami, kedai scones sudah tutup sewaktu kami datang (pukul 4 pm). Sedih. Nak buatkan scones.. tak pandaiii.

Snow*don..kami daki menaiki keretapi arang. Tut tut. Perjalanan sehala memakan masa lebih kurang satu jam. Slow sangat, tapi perlu...bagi menikmati pemandangan gunung yang sungguh menakjubkan! Cantik yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Subhanallah!! Tinggi sayup orang Ganu kata. Sampai di puncak, kami terketar2 lutut..sebab gerun/gayat tengok kat bawah. Lereng yang berbatu-batu. Orang ramai teramatlah ramai.. dengan anjing yang merewang2 juga (hanya anjing berlesen dibenarkan ke atas gunung), berebut2 kami nak naik ke puncak lagi. 30minit sahaja yang diberikan untuk kami berfoya-foya di atas sana sebelum menaiki keretapi bagi perjalanan turun gunung.

Terima kasih teramat buat sahabat kerana sudi jua untuk mengunjungi kami di sini. Semoga sahabat selamat menjalani bulan2 terakhir di bumi UK dengan jayanya (caiyok2!!) dan semoga persahabatan kita ini akan kekal abadi. Amin.

Hanya gambar dapat menceritakan 'kejadian' berharga ini!

p/s: Oh ya, tak lupa kami hidangkan sahabat puding roti azrulfara. Dia baru nak mintak, kami dah hidangkan. Dia terliur kat FB punya pasal.

Baru sampai dari Manches*ter

Juadah khas - nasi lemak, sambal sotong, ayam goreng berempah

Hari berikut - sambutan hari jadi anak Kak I

Popia - santapan kegemaran


Hari berikutnya - piknik di Llanberis sebelum daki gunung

Daki gunung naik ketapi




Gunung ganang North Wales
Kemuncak gunung pujaan ramai

Kami dah di puncak Snow*donia

Kembali ke stesen

Pemandu

1 comment:

fathinrazif said...

fara, i was surprised to read this special entry for me. thanks for the hospitality.u make me smile. luv ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...