Wednesday, 30 June 2010

Depa datang..dengan lenggang-lengguknya

Buat julung-julung kalinya, kami menerima tetamu dari Malaysia. Rumah kami juga menerima kunjungan sahabat dari London pada hari yang sama. Seronok sangat!!

Aunty He*len, sahabat lama bondaku .. dari bumi Terengganu .. membuat kunjungan terhormat . Sahabat bonda sewaktu mula bekerja di KT. Aunty He*len kenal diri ini tika masih bayi ngua ngua lagi :D Dia datang bersama ahli keluarganya yang tinggal di Liver*pool (jauh kira2nya 2 jam dari sini). Aunty He*len beriya membawa segala makanan berharga dari bumi Malaysia .. Beriya dia datang untuk menemui kami.. Susah payah bawakkan maggi mee (maggi goreng especially), kari Alagapas, asamjawa A*dabi, perencah nasi goreng.. dan juga senduk nasi (of course kami mintak..susah wo carik kat sini!!). Dia belikan juga kami Mi*lo! :D Dengarnya seperti makanan biasa saja, tapi buat kami di sini, lagi2 di ceruk kampung Wales ini.. sukar untuk kami memperolehinya, tidak seperti di tempat2 lain di UK. Walaupun kunjungannya tidak lama, tapi kami cukup berpuas hati kerna .. kerna.. dapat menghidangkan mereka puding roti azrulfara. :D

Lewat petang itu juga, sahabat sang suami dari Kota London bersama rakan-rakannya menyinggah di teratak kecil kami. Mereka menyewa caravan berdekatan Snow*don Mountain. Setelah penat mendaki gunung Snow*don, kami menjamu mereka pasta simple dan juga puding roti azrulfara. Kami penatkan lagi mereka dengan membawa mereka ke jambatan Me*nai Bridge dan juga tempat nama terpanjang di UK. Thanks you all.. Cya and keep your promise to be our tourist guide in Landeng. :p

Me and them

Aunty He*len on right

Puding roti azrulfara

Tetamu kehormat dari Landeng

Sibuk berjamu

Mercu tanda tempat kami

1 comment:

IzanJay said...

Kak Izan pun nanti pegi tempat2 yang Fara mention ni!yeay!the trip to snowdonia n north wales will be on 15 - 18 july!kalau ada rezki..kita jumpe ek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...