Tuesday, 18 May 2010

Perihal PhD


Hari2 sang suami drop saya di sini, terkedek2 saya berjalanan ke dalam

Pejam celik, sudah setengah tahun kami menuntut ilmu di perantauan Cymru (Wales) ini. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Setiap kali bulan berlalu, debaran di hati ♥♥ makin terasa kuatnya. Sentiasa terdetik persoalan dalam diri, bagaimana kah perjalanan PhD ku ini. Dup dap, Tuhan saja yang tahu.


Saya sedang membelakangi bangunan yang belakangnya terdapat bangunan school saya

Pabila mengetahui sahabat handai yang sudah menghampiri garisan penamat PhD mereka dan/atau yang sudah pulang ke tanahair tercinta dengan hela nafas lega setelah 3 tahun, saya cukup gembira buat mereka. Tumpang rasa berbangga. Berkobar2 semangat dalam diri untuk menjadi seperti mereka, teringin untuk menghela nafas lega seperti mereka juga suatu hari nanti. Diharapkan kami dan juga rakan2 yang lain yang masih berjuang, akan diberi kemudahan dalam menjalani pembelajaran di sini dan moga tercapai target di dalam masa yang telah ditetapkan di sini, insyaAllah. Amin.


Kelihatan sedikit bangunan sebelah kanan gambar-itu lar makmal saya nanti

Saya kini hampir menyiapkan penulisan literature review. Baru nak habis?? Ya! Baru hampir! Berbulan-bulan -berpeluh, pening, sesak, buntu rasanya si otak duk mengarang itu dan ini. Proposal presentation sudah dikomen2. Abstrak seminar telah selesai. Target bulan ini adalah untuk submit segala nya pada Tuan Supervisor, seterusnya pada College of Natural Sciences. Kesemua alah penulisan itu adalah sebagai progress report yang WAJIB untuk dihantar pada College. Tuan supervisor akan membincangkan all-out mengenai kerja makmal (bersama orang2 makmal) setelah segala alah penulisan diselesaikan.

Target bulan depan untuk submit segala 'kerjasekolah' keselamatan/statistik (dah lulus subjek ini, baru saya dibenarkan membuat kerja makmal). Perbincangan kecil2 sebelum ini akan dirumuskan dan dibuat keputusan yang sebenar. Tak sabar rasanya untuk kerja makmal. Bukan tak sabar apa, tak sabar untuk merasai PhD yang sebenar. Erk, gitu kah? Kalau kerja makmal sudah bermula, lega lar hati sikit bila dah tahunya the rhythm of my Phd journey. ☺Moga-moga sangat lar dipermudahkan segala, dan diterangkan hati ini supaya sentiasa paham apa yang bakal dilakukan. Amin. ops, debaran datang lagi.


I love what I'm doing..
pic from google.com

1 comment:

Hanis MY said...

Ganbarimasu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...