Thursday, 13 May 2010

Jualan Bonet Kereta

TreeTop Carboot

Suka betul kami dengan carboot sale. Pastinya orang yang baru sahaja sampai ke UK ni, memang sentiasa excited nak pergi ke carboot sale. Kami biasanya sekadar hanya mencuci mata jika tiada barang yang ditarget untuk dibeli. Mengisi masa lapang kami. Nak beli barang pun berfikir dua tiga kali kerana teratak kami comel bin cinonet, tak cukup ruang letak barang banyak-banyak. Di situ, mainan dan baju kekanak memang berlambak! Pusing kanan, pusing kiri, yang itu utama. Ke carboot, satu jer perkara yang saya takut, berjumpa anjing. Pelbagai spesies, tinggi kecik, banyak bulu, sikit bulu, yang suka menghidu sana sini . Ish, saya memang akan asyik elak sana sinun, takut betul!




Di tempat kami, hanya tiga carboot sales yang ada - Mona, TreeTop dan Llandegai. Hanya satu yang cukup digemari kami - Mona. Tapi kesemua jualan bonet kereta adalah tertakluk kepada keadaan cuaca. Kini, keadaan musim bunga, cuaca panas yang tak menentu, kekadang hujan dan berangin, menyebabkan orang berjual di jualan bonet kereta belum cukup galaknya. Musim panas nanti..baru lar carboot sales yang sebenar - menurut senior2.

Teringin kumpul set pinggan mangkuk

Bebaru ini, kami mendapat sesuatu yang diidam-idamkan, setelah tengok FB akak sorang ni.. berkenan betul tengok. Saya pun pasang lar niat untuk memilikinya jua. Kalau ada menda tu, boleh lar buat aktiviti romantika bersama sang suami nanti. Dah berminggu2 kami mencarinya, asyik jumpa yang buruk dan mahal. Tapi kali ni, masih baru, masih lagi di dalam plastik. Apa lagi..terus grab.. hanya £4. Hanya dapat bargain £1. Belum expert bab2 mem-bargain ni (Baruberjinak2 lar katakan). Mengangkut lar kami bawak balik si barang itu. Jumpa rakan senegara, ditegurnya, "Nak balik kampung?". Hehe.

Jeng jeng jeng.. Inilah dia....


....................................
..................
.........
....

PICNIC BASKET !!

Set untuk empat

Tikar kain pun ada!

Nantilah boleh lar kami piknik ala2 omputih.. :D


Hehe, sama plak bakul dengan gambar ni


3 comments:

Hanis MY said...

sukanyaaa picnic basket tuuu best2 worth buying..pernah nampak dlm fb kak laili..kiutt..hehe..

fara said...

yep2. berkenan tengok lam fb kak laili. tu yg mencari gak.

IzanJay said...

memang lawa!worth gile untuk £4!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...