Tuesday, 6 April 2010

Sekolah bercuti @ Cuti sekolah

Berapa kali sudah sang suami menyuruh manja si isteri meng-update blog, tapi kesudahnya, si dia juga yang rajin. Si isteri not into blogging mood for a few weeks ;)

Hari ini masih cuti sekolah, tapi kami tak TER-maklum dengan perkara tersebut. Bersusah payah saya ke sekolah, gembira tak terkata sebab dapat parking dekat. Tapi sampai jer depan pintu utama, tak boleh masuk!! Frust kan? Memang saya bersemangat hari ini sebab dah lama tak ke sekolah. Seminggu ke Venice. Kemudian ke sekolah 3 hari cuma, cuti Easter pula dari Khamis lepas sehingga Rabu!!

Suhu di sini masih dalam lingkungan 6-9 darjah celsius. Bilakah ia akan menjengah melebihi 10 darjah. Tak sabar teringin rasanya suam-suam matahari. Kalau suhu dah suam-suam, boleh lah bercucuk tanam dengan girangnya. Biji benih bunga dah dibeli, tapi nak start menanamnya ditangguhkan dulu sebab suhu sejuk di luar.
Sepanjang minggu lepas, Bangor disirami hujan air dan hujan ais batu. Sejuknya tak terkata!! Sejak Ahad pula, angin tiup kuat betul, hujan sekali sekala. Sejuknya pun tak terkata jua!! :(

Ahad lepas, Persatuan Pelajar Malaysia Bangor mengadakan mesyuarat pemilihan AJK bersekali dengan jamuan BBQ berkonsepkan potluck. Penuh meja rumah rakan dengan makanan!! Perut kami pula penuh disumbatkan dengan ayam, kambing BBQ, nasi goreng kampung, mee/meehun goreng, nasi goreng cina, roti jala, roti mexican, pecal pun ada!! and apa2 lagi, tak ingat.

Banyak sangat. Kek batik dibuat oleh pelajar2 undergrad- memang menjilat pinggan lar, sedap betul!! Kami pula membawa sushi, mashed potato, coleslaw. Beriya sang suami menyiapkan juadah sushi. Akhirnya dapat lar 2 pinggan.

Suasana sebelum dan sewaktu pesta makan-makan:


Sushi suami

Rakan-rakan senegara di perantauan

Jamuan itu berakhir dengan pelantikan AJK - sang suami sebagai Naib Presiden, si isteri sebagai Setiausaha. Awal2 datang dah kena 'buli' nampaknya. Hehe! Diharapkan kami bersama AJK lain dapat menjalankan tugas dengan sebaik2nya, jika diperlukan.
Malangnya, gambar saya dan masakan saya (mashed potato dan coleslaw) tiada di dalam sebarang gambar kejadian kerana TERLUPA!! :(

p/s: sebaik ada akak blogger ni baik, bagi idea resepi mashed potato daripada myresepi.com. berterima kasih sangat kat dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...