Friday, 9 April 2010

Pansy vs Daffodil

Balik dari school, saya bersemangat melihatkan hari yang terang-benderang. Maka, saya memaksa en suami menanam pokok bunga. Hehe!!

Kami pilih bunga Pansy sebab nampak cam meriah jer kalau ianya berbunga. Kami teringin bunga daffodils di halaman kami sebab warnanya yang terang dan bunganya tinggi. Tetapi rupanya perlu ditanam 'bulb' nya sejak pada musim luruh lagi. 'Bulb'nya memerlukan tanah yang sejuk untuk mengeluarkan akar. Jika ditanam pada musim sejuk, bunganya akan menjadi kecil. Lebih baik ditanam pada musim luruh, 'bulb'nya akan mempunyai masa yang cukup lama untuk berakar dan menghasilkan bunga besar. Bunga daffodils memang ada dijual di B&Q, cuma perlu dialih tapi en suami kata tak thrill ar gitu, tanam pokok yang dah berbunga. Maka, kami beli anak-anak pokok bunga walaupun dah TER-beli pokok bunga pansy yang sudah berbunga minggu lepas.

Diharap tanaman kami menjadi kali ini. Tanam serai, pandan kat Mesia pun 'kureng' menjadi!

Bahan-bahan boleh didapati daripada B&Q

Anak2 pokok Pansy tapi taktau bakal warna apa

Alihkan pokok senior pada pasu yang sama

Tanam pokok senior di tengah2

Pasu pokok senior dengan anak2 pokok di hadapan tingkap kami

p/s: teringin tengok bunga tulis di Holland..one of my dreams

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...