Thursday, 18 March 2010

Saat saat bergembira

Kita akan bersua lagi dengan hari minggu. Kejap sangat rasa masa berlalu. Agenda kami ke mana pulak hari minggu nanti? Mungkin akan membuat lawatan ke taman bunga di Anglesey (tak ingat nama apa)! Wah! Spring baru masuk terus pergi taman. Bukannya apa, taman tu boleh masuk free, tengah promotion kot. Apa lagi, taknak lepaskan peluang.

Hari-hari minggu yang lepas, alhamdulillah, rezeki kami murah. Ada jer orang ajak makan. Dapat lar merasa steamboat Kak Yati, nasi ayam Kak Ida dan nasi lemak Kak Yati (lagi). Kak Ida buat doa selamat sempena masuk rumah baru.Kak Yati lak ajak sebab nak kenalkan dengan kawan. Pendek kata, takyah masak di rumah. Bertandang rumah orang aja lar. Semuanya memang superyummylicious!!! Moga rezeki mereka dimurah2kan lagi.

Hari minggu itu hari juga kami ke Garth Pier, saja jalan2. Nak masuk jejalan kat pier tu kena bayar 25pence sorang. Kami asah sikit2 skill mengambil gambar, berenti rehat makan scones (tearoom nya hujung pier), minum tea pada tengahari buta, tetiba kawan telefon mintak tolong dengan Wii. Ape lagi, kami bergegas ke sana, dan main Wii reramai. Seronok2!!

Si pinky girl

Garth Pier, Bangor
seberang sana adalah Anglesey, sebelah sini adalah Bangor,
tengah2nya adalah Menai Straits


Scones yang glamour dan tea

Kami lagi seronok semalam sebab tetiba ada nampak pokok bunga sesat di laman kecil kami. Ternampak bila balik dari school. Ingat lagi bunga daffodil kuning nyelar tu dalam entry sebelum ni? Bunga tu tumbuh di taman kami!! Tetiba muncul. Magis musim spring.

Bunga daffodil di laman kecil kami
(itu tingkap depan rumah kami)

Semua..selamat berhujung minggu. Ayuh tanam bunga??

1 comment:

Ivo Serentha and Friends said...

My compliment for your blog and pictures included,I encourage you to photoblog

CLICK PHOTOSPHERA

Even week another photo album

Greetings from Italy,

Marlow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...