Thursday, 4 March 2010

Full moon

Petikan artikel AOL News pada 28 Februari yang lalu - 'The full moon tonight will be 2010's biggest and brightest since the moon is closer in orbit than usual at this time of year.'

Saya tidak sedar bawah bulan mengambang bebaru ini (malam 28 feb) adalah yang terbesar, dan ter-terang bulan mengambang bagi tahun ini, twenty ten. Itupun ternampak sebab rasa rumah macam terang semacam. Kami ada tingkap di atas atap. Kiranya sebelum tidur tu boleh kira-kira bintang lar kalau cuaca baik. Buka jer mata bila bangun daripada tidur, tingkap tu lar nampak dulu. Dari tingkap atap tu lar rasa terang semacam, terlihat lah ada bulan besar. Pintu depan rumah kami berkaca penuh, dari dalam rumah dah boleh nampak bulan di atas langit. MasyaAllah, cantik ciptaan Nya.

Kata artikel, bulan tersebut juga dikenali sebagai Wolf Moon, di mana native american mengatakan pada waktu sebegini, serigala akan menyalak2 ke arah bulan. Tu yang adanya cerita Werewolf kan!

Bulan mengambang penuh sebegini maka terjadinya air pasang/surut tinggi. Belakang bangunan school saya memang lar laut selat. Sampai jer sekolah pada 1 Mac tu, ternampak lar air laut, pasang tinggi. Tenggelam jeti! Biasanya kalau air pasang biasa, takde lar sampai tenggelam si laluan jeti.
Air laut mengalir deras pada jeti. Macam keadaan banjir. Suka tengok. Amazing! Petangnya bila nak balik, tengok dah surut. Sebaik sempat untuk mengambil gambar kedua-dua kejadian.

Teringat lak lagu klasik zaman kecil..

Air pasang malam, surut pukul lima, nyonya bangun pagi, siram pokok bunga.
Pokok bunga melur, tanam tepi kolam, itik bertelur, ayam mengeram!

Time bulan terang macam ni lar orang kata hospital sakit jiwa mesti bising sebab kata orang, air dalam kepala kena tarik juga. Mereka menjadi makin gila. Menjerit2, histeria. Zaman saya kecil dulu, di seberang paya sebelah rumah kami, ada rumah kampung. Di rumah kampung tersebut anaknya (rasa macam perempuan) tak berapa betul, sakit jiwa (agak dewasa ar kot, nampak dari jauh jer). Bila bulan mengambang jer, mesti dengar dia terjerit-jerit, macam menyalak2. Kedengaran sayup2 je lar. Mungkinkah kebetulan ataupun tidak, taktau lar. Wallahualam!

Enjoy the pics of high and low tides of Menai Straits 2010. Dua-dua gambar tu ada model tak berbayar. Rumah di hujung gambar itu merupakan pejabat under school of ocean sciences, tak pasti pejabat apa.
Air pasang Menai Straits 010310 waktu pagi

Air surut Menai Straits 010310 waktu petang


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...