Friday, 19 March 2010

Cara di perantauan



Image courtesy of google.co.uk

Cara di sini kami dipaksa bayar council tax. Tetapi kedua-dua kami adalah berstatus pelajar sepenuh masa. Jika tidak dapat dibuktikan kami pelajar, kami perlu membayar council tax sebanyak £300 setakat ini. BANYAK betul!! Separuh lebih daripada elaun belajar saya. Tapi, untuk mengelakkan kena bayar, kami cuma harus mendapatkan 'Attendance Certificate' atau juga dikenali sebagai 'Letter of Confirmation' daripada pihak universiti. Sama sahaja sepertimana surat pengesahan kita pelajar, dokumen yang perlu ada untuk membuka akaun bank di sini. Surat pengesahan tersebut perlu dihantar ke pihak council tax beserta alamat tempat tinggal, sebagai prosedurnya.

Cara di sini lagi setiap wanita di sini wajib melalui pap smear test. Saya mendapat dua surat peringatan digesa melakukan test tersebut. Bukan sebabnya saya tak mahu buat tapi saya buat appointment di tempat yang salah, bukan klinik @ General Practitioner (GP) yang saya daftar. Kalut betul. Sebaik lar sempat lagi buat appointment baru di GP yang betul sebelum diberi peringatan buat kesekian kalinya. Dan semalam saya sudah selesai melakukannya. Sekejap sahaja testnya. Malu tapi harus.

"Saya malu lar!"

Cara di sini - cukup lar dua nama jer, first (family) dan second name. Tapi nama saya ada 6 patah kata. Selalu lar keliru nak guna yang mana (ruang pun tidak mencukupi). Selalu lar susah nak ejakan pada mereka. Selalu lar susah bagi mereka nak menyebutnya. Iskh.

Kat klinik semalam dah betul dia sebut nama saya, tapi saya bagitau nya salah. Mana saya nak paham dia sebut T****u Mohd tu sebagai T****u Mod, instead of Mohamad. Pastinya lagi, dia menyebut dengan pelat sekali.
Saya terlupa saya berada di negara mereka. Saya jawab, 'No, I'm not T****u Mod, I'm Fara'. Nama Fara tak terdaftar pun nama senarai patients mereka. Nama ayah saya jer lar sebagai first name saya. Mana tak pening nurse itu. Nurse tak pening, nurse betul, saya yang pening sebenarnya. Mueheh.

Farah= happiness, Fara = ?

I love Fara. Do you??



2 comments:

azmina ibrahim said...

pap smear..takotnye...ambe asyik ngelat jer..sakit dop?? (soklan ni xjwb pon xpe )..hehehe..saje gatal2 tnye jerk

fara said...

haha. tak sakit pun. sekejap jer pun testnya. cuma segan bin silu jer lar. hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...