Friday, 5 March 2010

Bersemangat bak warna kuning 'nyelar'

Di kala kami jalan-jalan di bandar, menonton iklan di peti televisyen..apa yang saya perasan, banyak nampak bunga Daffodil!! Auntie En. Hubby kata, bunga Daffodil hanya ada di waktu spring/summer. Di bandar, bunga itu di mana-mana, di sudut cermin kaca kedai, di atas meja kaunter, di celah2 roti di kedai roti! Malah di kedai bunga, ternampak lar satu bekas bunga Daffodil.



Bunga nya kuning 'nyelar', bentuknya seperti bell. Baca internet kata bentuknya seperti trumpet. Anda nampaknya seperti apa yek? Daripada internet, ada menyebut warna kuningnya melambangkan keceriaan musim bunga/panas.

Memang nampak bersemangat warna bunga tu. Memang warga omputihs ni bersemangat untuk musim spring/summer, sebab itu bunga itu sudah mula ditayangkan di mana-mana. Yey, saya pun tak sabar-sabar rasanya untuk merasai musim bunga dan panas. Taknak sejuk dah!

Yey, saya juga perlu bersemangat untuk menempuh hari-hari seterusnya di school!! Maka, saya rasa apa salahnya kalau saya beli sekuntum daffodil dan letakkan pada meja tulis saya ini. Pasti saya 'Bersemengat bak warna kuning 'nyelar'!!

2 comments:

azmina ibrahim said...

huh...moga2 pembaca blog ni pun dpt mengutip semangat yg dititpkan sang isteri :-) PhD, PhD, PhD...dimanakah aku?..huhu

fara said...

hehe. amin2. phd phd, pasti ada rezeki terbuka untuk dirimu tak lama lagi, usaha dan panjatkan doa senantiasa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...