Thursday, 11 March 2010

5 kredit lega..fuh!

Sekadar gambar hiasan
Meja di school saya

Saya nak type isi kandungan entry blog kali ini cepat2 sebab takut kawan sepejabat saya masuk balik dari berjumpa kawan-kawannya. Saya malu takut dia tengok saya type blog, sebab dia nya seorang yang rajin, tak merewang-rewang dalam internet (macam saya!). Taknak lar dia tengok saya menghabiskan masa di school dengan menulis blog. ;)

Saya nak cerita perihal saya membentangkan kertas proposal PhD saya semalam. Alhamdulillah, debar debuk selama 2 minggu (dapat email dibagitau tarikh bentang) akhirnya berakhir jua.Tak sangka dalam diam-diam saya stress juga. Demam, pening kepala, jerawat atas dahi, ulser kat bibir and lidah. Iskh.

Dah lama tak kena present camni. Present paper kat konferens takde lar debar camni kan..Mengajar pun berdebar, tapi sebabkan kita konfiden kita pandai, takde lar rasa stress menggunung. Tapi nak present proposal projek yang nak kita buat dalam masa 3 tahun..fuihh..debor sesangat!! Lepas habis jer giliran bentang, terus rasa lapar!! 2 minggu susah nak rasa lapar tau! Makan sebab paksa ikut masa makan jer.

Sesampai saya di bilik seminar, mata saya meliar2 mencari Supervisor yang dihormati. Oh, saya perlukan semangat dia. Dia kata, tak perlu rasa nervous, anda yang tahu perihal projek anda, anda lar yang paling bijak, anggap orang lain tak tahu apa-apa pun, mereka hanya mendengar kerana mereka ingin tahu. Saya mengadu saya takut soalan yang susah. Dia kata, tak perlu takut, anda yang tahu lebih banyak daripada mereka, mereka bertanya kerana hanya ingin tahu. Untuk mengelakkan orang lain tanya mengenai methodology, supervisor saya telah berjanji untuk tanya saya soalan yang senang mengenai methodology. hehe!! Memang dia tanya, yang senang saja! dia nak buat macam saya seorang yang bijak! Hehe. adeke?!

Saya dapat giliran after coffee break sesi petang. Penantian itu suatu penyeksaan. Sedang orang berborak2, bergelak2 sambil hirup coffee panas, saya hanya duduk di kerusi, baca kertas/buku nota yang apa tah diconteng. Nampak begitu depressi kan? Supervisor saya cuba rilekkan saya lagi tika itu! Dia suruh saya gunakan mic, dia tunjukkan di mana saya perlu berdiri dan segala yang perlu. (perlukah?)

Bila tibanya giliran saya, saya cuba yang terbaik. Saya cuba cakap english british! Haha, takde lar. Mereka cuma terpesona dengan gambar2 daripada koleksi supervisor saya pada slaid itu, . Takpe lar.

Selepas 10minit, tibanya masa untuk soalan. Argh, saya lagi takut. 15 saat yang pertama, tak nampak tangan mengangkat. Saya separuh lega. Opss..tetiba ada angkat. Kawan sebaya Phd jer, saja nak tanya. Kemudiannya supervisor saya, saya jawab dengan yakinnya sebab dia tahu saya tahu jawapan itu. Kemudiannya seorang postgraduate tutor - dia pun cuma ingin tahu..saya jawab dengan agak yakin tapi taktau dia faham ke tidak.

Di akhir hari seminar, ramai yang memuji saya. Tapi biasa lar omputih, mesti akan puji. Diorang takkan kutuk. Memang bagi positive psychology punya lar! Suka-suka. Gembira-gembira.

Itu yang pembentangan pertama kalinya. Pembentangan seterusnya, dengan pengalaman secoet ini, saya harap saya dapat melakukannya dengan lebih baik.

(oh ya, semalam petang bentang, pagi ni dah ada markah di portal university..pantas deras sungguh!!). Saya dapat markah 2nd upper. Syukur tapi perlu lebih baik lagi lain kali. Itu cuma 5 kredit untuk subject Research Preparation.
Saya perlu siapkan lagi: Literature review, 5 abstrak seminar dan proposal projek bertulis untuk keseluruhan markah bagi subjek Research Preparation.

Saya cuma 5 kredit lega!

p/s: kini fikiran lapang untuk memikirkan perihal percutian Eropah kami pada minggu akhir bulan ini (InsyaAllah).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...