Wednesday, 3 March 2010

We went to beaches

Saya belum cerita perihal kami bersiar-siar di pantai di sini kan? Lama tak tengok Pantai Tok Jembal, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering yang pasti, itu yang rasa gian nak tengok pantai.
Rasa angin pantai, bau laut, jejak pasir pantai. Semua tu saya rindu. Saya kan memang orang Ganu jati. No doubt about it. Sepanjang persekolahan memang dah kat Ganu. Belajar kat uni jer sekejap di Bangi. Kerja pertama pun kat Ganu sampai lar sekarang. Daripada zaman dating sampai lah kahwin, pantai memang tempat wajib. ;) Saya suke benor dating kat pantai, waser womantik gitu. Ke guane?

Ok-ok peminat semua, pasal pantai sini. Kami ke sana pada pagi hari minggu 2 minggu lepas. Tujuan? Saja jalan-jalan! Anginnya sungguh sejuk sekali!! Musim sejuk di Lautan Atlantik. Kami pergi di kalanya surut, banyak lah rumput laut terdampar. Tapi tiada satu pun, malah sekelumit sampah sarap terdampar yang kami boleh temui. Kagum! Kalau pantai kita, memacam khazanah boleh nampak - selipar jepun, plastik, bekas polistrin, kain buruk, malah pernah jumpa juga patung Tweety Bird. Cian diaaa.

Kami berharap berjumpa dengan anjing laut liar @ seals. Officemate saya bagitau dia terjumpa sewaktu kunjungan dia bulan lepas, saya nak tengok yang wild juga!! Teringin sekali. Tapi sayangnya, tiada. Kami pergi Pantai Rhosneigr dan juga Cable Bay. Tapi kami tak larat berjalan satu batu ke pantai Aberffraw, jejak kaki di sungainya saja. Mereka mahu pelihara dataran pasirnya (sand dunes), tepian muaranya, sungainya, maka mereka meletakkan parkir kereta yang 1 batu jauhnya. Itu yang membuatkan kami berfikir sepuluh kali untuk pergi atau tidak. Memandangkan kaki dah lenguh sebab berjalan sepanjang pantai Rhosneigr, maka kami tangguhkannya dulu.

Ok..enough of story telling. Enjoy the pics!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...