Thursday, 11 February 2010

Tiada tajuk yang spesifik

Hey all..what do you think of our new blog template? Comel kan? Sinonim jer gambar itu dengan title. A road, a path, a journey, a future.. la la la, puji pilihan sendiri.

Pagi tadi, setibanya saya di pintu bilik ofis saya, jeng jeng..seluk kocek baju, seluk kocek seluar, kiri kanan, dalam beg, seluk kocek lagi. KUNCI nya tiada!! Ni mesti kes tertinggal dalam winter jacket lagi satu. Gatal pakai winter jacket lain hari ini, itular akibatnya. Dengan muka-takde lar malu-sangat, pergi lar mengadu dengan penyelia. Sebaik dia ada spare key, dapat lar saya masuk bilik ofis. Kalau tidak, membeku diri di dalam perpustakaan sekolah je lar.

Hari ini sudah Khamis. Esok Jumaat. Kalau kat Ganu, sure dah rasa seronok, sudah penghujung minggu. Esoknya Jumaat. Duduk rilek2 kat rumah. Bonda masak sedap2. Ayahanda, bonda, si anak dan si menantu makan bersama selepas solat Jumaat. Rindu. Rindu apa? Rindu duduk rilek2 di rumah pada hari Jumaat.

Kalau kat sini, bila dah nak sampai hari Jumaat, dah rasa macam sudah hari minggu. Otak masih kompius.

Boyfriend merangkap bestfriend saya ajak saya jalan2 hari minggu nanti. Jalan ke luar bandar yang lebih bandar, Llandudno. Kira-kira setengah jam perjalanan dari sini. Dia nak ajak saya belikan saya menda yang saya nak. :D Tak sabar!

p/s: tak mahu bersikap tamak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...