Wednesday, 17 February 2010

Saya rindu dia

Bukan saya rindu si dia (itu memang wajib rindu walau hari-hari jumpa).

Saya rindu kawan saya waktu di matrikulasi dulu. Baru ketemu kembali di alam maya; Mukabuku! Kan saya kata mukabuku ada kebaikannya. ;)

Kami bersama cuma setahun. Kemudian, dia ke UKM Cheras, saya cuma di UKM Bangi. Hidup di zaman matrikulasi memang best. Dorm saya yang paling best (bagi saya lar kan!). Dia kecil macam saya tapi dia comel lagi. Malah kami pernah berkongsi baju :D

Pernah kami bergaduh diam-diam (kes saya letak gayung basah atas kasut dia). Dia marah!! Saya sedih. Saya tak sengaja. Saya pun tulis surat cinta minta maaf. Hehe. Kelakar!! (Budak baru lepas sekolah, gitu lar). Last-last bersalam bermaafan, dia kata dia tak marah pun (ye ke dok, nor?). Tapi memang dia ke kelas dengan kasut basah. Kesian.

Selepas matrikulasi, kami cuma bertemu ketika cuti semester. Lepas alam uni, dia bekerja sekejap di KT sebelum dia pindah ke KL, berkahwin dan kami terputus hubungan. Masa dia kahwin, saya jadi pengapit dia. Nak dapat aura. Setahun lepas tu, saya pula yang berkahwin. ;) Itulah pertemuan kami yang terakhir, sewaktu perkahwinan dia :(

Tapi..

Kini bertemu di alam maya pula. Kini, dia sudah menjadi isteri orang, ibu budak, tukang ambil gambo, tukang buat coklat, tukang buat cupcakes..aih, memacam lar!

Rindu nak jumpa dia! :p
Dia konvo sehari dua awal

2 comments:

Norry said...

Fara, kelakar pasal kasut tuh, daku ni memang pemarah ke hoho, rindu kamu sangat hehhhhh.....tapi yang tak best masa nor kawin tu kelam kabut giler.....tak best, rasa nak ulang saat tu bagi sume ok. Fara kawin nor dapat pegi yang kat kl jerk. Anyway, nak jumpa kamu eh. Balik mesia hello okehhh. Gambar kawin mana, lum jelajah banyak lagik blog n facebook kamu

fara said...

kelam kabut tapi semuanya bejalan dengan baik kan.
gambar kawin? hak, tak nah letak di internet. malu2.
yep..kalau balik mesia, insyaAllah hello. taktau lagi balik bler. hik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...