Monday, 8 February 2010

Jatuh tangga kedebuk kedebuk


Yer, saya jatuh buat ke-sekian kalinya. Minta jauh dah lar lepas ni. Saya pernah jatuh di dalam toilet, di air terjun, di tangga hostel, di rumah orang, di sana sini..banyak kali! Saya takut akan jatuh. Saya takut akan kesakitannya selepas itu. Takuuut. Something wrong with body balancing kut saya ni. Careless pun mungkin. Clumsy for sure.

Kali ni saya jatuh tangga di rumah tangga saya. Saya terpijak seluar pyjamas saya yang meleret-leret (seluar ter-extreme panjang), pakai stokin pulak tu, tangga bercarpet yang dah haus, maka saya pun kedebuk kedebuk lar 2 anak tangga.

Siku tersiku dinding, luka parah. Kepala terhantuk kat anak tangga mungkin, rasa bengong seketika. Kaki tersepak dinding, kesian ibu jari kaki. Menangis meraung2 (percaya tak?). Sebaik hero berada di tempat kejadian.

Saya tak mahu jatuh lagi. Minta jauh dah lar lepas ni. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...