Monday, 8 February 2010

Itu ini di hari minggu

Hari minggu pertama di bulan Februari telah berlalu. Kami tak kemana. Kesihatan sang suami yang tidak berapa mengizinkan membuatkan kami berkurung sahaja di dalam rumah. Sang isteri memastikan bahawa sang suami dapat berehat dengan secukupnya. Suruh dia tidur tidur tidur. Diharapkan sang suami boleh kembali sihat seperti sediakala, dah cukup seminggu tau dia demam. Iskh. Demam2 dia pun tetap gagah pergi sekolah dan main game. Cayalar!! ;)

Hari minggu saya telah meluangkan masa untuk membaca buku cerita - dah habis! Rasa nak baca lagi. Gian.

Hari minggu saya telah meluangkan masa untuk main game, dah habis! Satu level! Rasa nak main lagi. Gian.

Hari minggu saya telah meluangkan masa untuk memasak (hari2 kena luangkan masa untuk memasak), masak nasi ayam. dah habis! Lama tak makan nasi ayam. Nasi ayam kat kedai pakcik dekat dengan sekolah rendah kat mana tah nama tempat tu tapi lalu belakang UMT tu, oh 'simple' jer, tapi sedap.

Saya baru sampai sekolah. Bawa bekal air kopi dan nasi goreng kampung. Pagi ni "ngap" bihun goreng. Lama tak makan bihun goreng, sedap betul rasa. Berselera. Diri ini memang berselera ajer makan tapi badan rasa ringan jugak. Hurm! Benda yang dimakan tak sempat kekal jadi lemak kot, terus kena dibakar untuk panaskan badan. Dah lama tak timbang berat badan, kena beli jugak rasanya. Teringin tahu!!


Malam nanti nak mintak tolong "orang demam" panggangkan ikan salmon. Segala benda alah yang dia letak pada ikan tu akan menjadi jer, kalau sang isteri buat, jadi tawar semacam. Oh, yummy sungguh. Rasa isi ikan tu yang manis2 cicah dengan air asam yang masam2 pedas. Tapi, sedap lagi ikan kembung cicah dengan budu. Urghhhh. Oh budu, yummy sungguh.

Jom buat kerja!! Buat kerja tulis - literature review-ing - updating proposal!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...