Tuesday, 16 February 2010

Facebook


Pengaruh Facebook atau ramai yang suka menggelarkannya mukabuku adalah teramat kuat. Bagi saya lar. Buat ketika ini lar.

Kalau tak khusyuk buat kerja, mesti terasa seperti Facebook memanggil-manggil sayup-sayup jer. Facebook dibuka, ditutup. Di-log out, di-log in. Apa yang ada pada Facebook!!! Yang ada hanyalah status terkini rakan-rakan. Yang ada cuma gambar terbaru rakan-rakan. Kalau dibuka acap kali, kita hanya melihat perkara yang sama berulang-ulang. Makin bosan jadinya. Tapi gian juga! ;p

Saya mula berkenalan dengan muka buku semenjak tahun lepas. Saya taksub dengan Friendster sebelum itu. Lama-kelamaan kawan2 Friendster berpindah ke mukabuku. Saya pun turut serta. Suasana di mukabuku lebih meriah dan "huru-hara" kerana adanya function status updates dan aplikasi yang lebih mudah serta mesra-pengguna. Kekok pada mulanya, aktif kemudiannya.

Apabila profil diri makin terdedah di mukabuku, saya bimbang terlalu ramai yang tahu perkara terkini mengenai peribadi. Saya cuba tapis kembali senarai kawan yang ada, buang yang tak perlu, singkirkan mana yang kurang kenal. Saya cuba hadkan penerimaan kawan baru, saya taknak terima kawan sekolah yang semata-mata satu sekolah dan cuma kenal batang hidung saja. Saya taknak berkawan dengan pelajar yang saya tidak rapat.

Oh ya, harini saya baru saja mengesahkan penerimaan dua kawan baru - tapi saya tak pasti siapa mereka, kawan sekolah rendah mungkin, kawan setaman mungkin. Tapi, saya kenal batang hidung mereka saja. Saya rasa saya akan cuba men-nyahkan mereka daripada senarai kawan mukabuku saya. :D 'Maaf, daku tidak mengenalimu.'

Saya juga cuba memprivasikan gambar peribadi. Tak suka dilihat tanpa diketahui. Tapi saya juga ingin berkongsi hal peribadi dengan rakan-rakan. Tak kedekut tapi kedekut. Sebaik mukabuku banyak pilihan untuk cara kita memprivasikan informasi dan hakmilik kita yang tertentu. Yelar, kekadang sesetengah perkara kita hanya ingin memaklumkan kepada ahli keluarga, bukannya semua rakan2 seantero dunia.

Tapi mukabuku memang banyak jasa, menghubungkan kita dengan dunia lama - dunia sekolah, dunia universiti. Mukabuku juga memudahkan komunikasi. Senang bila ada facebook. Kekadang tak perlu email, bagi saja pesanan di mukabuku. Lagi cepat dijawab bila ditanya di mukabuku. Mukabuku menwujudkan persahabatan baru.
Mukabuku merapatkan hubungan lama dan terkini. Mungkin dulu dia sombong, tapi di dalam mukabuku, dia tidak lagi sombong (saya kah?!). Ada sahabat yang pendiam, tapi di dalam mukabuku, dia sudah menjadi pembanyak cakap.

Tapi saya tidak mahu ketagih dengan facebook. Ayuhlar kita membuat kerja!

p/s: kalau ketagihan itu beralih arah ke menulis blog pula?!

2 comments:

Norry said...

Fara, long time no see huh...miss u dear.pekaba, best x duk sana

fara said...

baik sangat..thanks. best ke tak, kalau jejalan best lar. kalau pergi balik sekolah, erk.. malas kot lebih. haha! sejukk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...