Thursday, 25 February 2010

Bullet-point updates



Ada beberapa perkara saya nak rekodkan di dalam blog pada hari ini:

  • Hari ini, harapnya Encik Supervisor saya yang hensem itu telah menanda proposal saya, maka saya boleh teruskan dengan penyiapan persembahan slides saya untuk pembentangan saya yang pertama 2 minggu lagi.

  • Hari ini ada LAGI kejutan coklat di atas meja pejabat saya, pemurah betul officemate saya! Hari-hari bagi coklat. Semoga dia bergumbira di Scotland (dia nak pergi main ski di sana).

  • Saya isythiharkan esok adalah hari cuti am bagi saya, maka saya tak perlu ke sekolah, cuma ke perpustakaan (hantar buku, pinjam buku..bukan baca buku) dan berjalan-jalan beli baju di High Street (si dia dah bagi kebenaran..kan kan ??)

  • Pagi ini, saya dapat parcel saya hasil daripada belian atas talian. Saya beli cafein yang diletakkan di dalam botol yang ada bebola besi yang boleh disapu pada mata, lalu hilang lah 'panda eyes'. Namanya Garnier Caffein Roll On. Saya sentiasa ada masalah hitam mata keliling. Huhu.
  • Esok hari, saya dan dia, insyaAllah akan pulang ke 'kampung' kami yang terletak 'cuma' lar 5 jam dari sini. Huhu. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali dan cuaca elok sepanjang perjalanan. Amin.
Bunga di Aylesbury ('kampung')

p/s: syukur, hilang sudah bau kari di teratak kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...