Wednesday, 24 February 2010

Bau-bauan


Rumah kami kecil sahaja, ruang tamu bertemu dengan dapur terus. Maka, apa yang kami masak, memang lar 'semerbak' seluruh rumah. Tapi kami ada fan dapur tu, memang wajib kami turn it on each time memasak. Selama ini tiada masalah, sehinggalah kami memasak kari ikan baru-baru ini. Biasanya masak kari, baunya akan hilang in a few hours.

Tapi, kali ni, berhari-hari bau kari ikan seluruh rumah. Isk2..kadang-kadang, rasa macam bau tu melekat pada badan. Sekadar psychology atau memang yer. Takkan nak suruh officemate tolong baukan pulak. Hurm hurm. Kami dah sembur febreeze seluruh rumah!!

Dah bersihkan dapur banyak kali dengan dettol, dettol, dettol (saya memang taksub dengan dettol!!). Bukan setakat dapur saya bersihkan, dinding2nya sekali! Saya sembur pemyembur fabrik di rugs/carpet! TAK JADI JUGAK!

Kalau ikutkan pada petua di internet..mereka suruh panaskan air dalam periuk dan letakkan lemon/clove/vanilla dan renehkan nya beberapa ketika. Kami belum buat petua tu, sebab masih belum ada lemon. Tapi akan dicuba jua.
Ada juga cadangan untuk panaskan air tapi diletakkan vinegar sekali. Erk, kami tak suka bau vinegar!!!
Tapi kami buat sesuatu yang baru, bekas air diletakkan di atas heater. Bekas tersebut diletakkan sekali dengan cinnamon! Hehek. Harap menjadi.

Nanti kami balik, harap2nya rumah kami akan berbau harum kulit kayu manis, bukan lagi 'harum' kari ikan.

p/s: saya teringin sangat penyembur haruman bilik Laura Ashley- rose. Dapat itu sebagai hadiah hari menjadi memang saya akan sangat suka!! :D

2 comments:

azrul said...

arghh.. apekah...

fara said...

apekah? bau dah ilang! yey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...