Sunday, 24 January 2010

Time flies

Kan ada kira-kira waktu di sudut sebelah blog ini. Ia tercatat, "We have been in Cymru for 3 montsh"!! Opp ooo. Already 3 months?? My god, sudah 3 purnama! Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah 3 bulan. Dari awal kami sampai-proses meraba2 carik tempat tinggal, mencari kereta, turun naik bus pergi sekolah, naik turun registry uni (atas bukit) setel itu ini, terketor2 sejuk - alhamdulillah, kini kami selesa dan tenang. Rumah kami diami kecil saja tapi kami gembira ngat ngat. Kereta lama, tapi kuat insyaAllah. Tidak lagi naik turun bas ke sekolah saya yang seberang sinun. Ketor2 sejuk pun tapi sudah boleh membiasakan diri. Saya akan menggemukkan diri saya dengan baju berlapis2. Hehe. Apa nak buat, tiada lapisan lemak, lapisan kain pun jadi lar. Yer2, saya akan gemukkan diri saya. Tapi..susahhh. :(

Okay, entry kali ini adalah perihal makanan. Saya ingin berkongsi resepi saya baru buat hari ini. Saya tengok lar resepi online, saya tiru, tapi saya tiru apa yang saya rasa senang. Alhamdulillah, sedap dan kenyang untuk perut kami berdua. Nak juga?? Hehe, orang taknak pun saya nak bagi resepi juga. Biar jadi Blog Resepi.

Resepi Ayam Masak Madu Si Blogger AzrulFara


Hasil masakan tengahari kami

Bahan-bahannya adalah:
- beberapa ketul ayam (saya buat untuk kami berdua, 2 kali makan)
- madu
- kicap
- sos oyster
- bawang putih dipotong halus2 kecil
- bawang merah, bawang putih yang diblend
- cili boh
- sos tomato
- garam
- mix vege
- bawang besar dimayang

Cara-caranya adalah:

1. Terlebih dahulu puan-puan, kita perapkan ayam bersama madunya.
- ayam yang dibersihkan terdahulu (tentunya!)
- beberapa sudu madu (saya letak lam 3,4 sudu)
- satu sudu kicap
- bawang putih yang dipotong halus
2. Gaul semua bahan2 ini di dalam bekas dan biarkan paling kurang sejam. Oh ya, air lebihan
perapan tadi boleh digunakan untuk kuahnya.
Ayam yang bakal diperap

3. Kemudian, sediakan kuali/non stick pan dengan minyak, gorengkan ayam2 tersebut sehingga masak. Tika ini, baunya sungguh harum. Ingin makan begitu saja pun boleh. ;)
4. Tapiskan ayam2 tersebut daripada minyak. Bagus untuk kesihatan, kurangkan minyak dalam masakan. :)

Hasil gorengan
ada hand blender di sebelah itu - memudahkan tapi .., tidak berapa direkomenkan

4. Okay, tiba masanya untuk buat kuahnya pula.
5. Guna minyak ayam tadi pun boleh, sedikit saja minyak. Tumis bawang putih dan merah yang diblend.
6. Dah agak bawang itu wangi, letakkan cili boh (Warning!! sedikit saja cili boh). Kacau2 sehingga naik minyak. Letakkan air ikut citarasa memasing. Sedikit sahaja sudah mencukupi.
7. Agak2 air tercampur sebati, tuangkan sedikit sos oyster, kicap lagi, sos tomato, madu lagi dan garam. Kacau2 sehingga rasa yang memuaskan.
8. Campurkan juga bersama mix vege.
9. Kemudian letakkan ayam2 itu. Gaulkan sebati dan biarkan seketika. Taburkan bawang
dimayang,
10. Jeng2 dah siap pun. Dah agak rasanya elok, hidangkan di atas meja makan.

Rakan-rakan, semoga resepi ini berjaya dan juga dapat memberi idea kepada menu harian anda. Saya hanya mengadaptasinya daripada resepi yang sedia ada di atas talian - harap maklum.

*Pss..dia tengah main game..saya nak main jugakkkk!! Gotta go!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...