Sunday, 24 January 2010

Sang isteri berceloteh

Wow wee, sekian lama saya tidak meng-update blog saya bagi pihak saya sendiri. Kawan saya-yang-bakal-jadi-mc tu yang tegur saya pasal itu. Kesian dia, teringin tahu perkembangan saya. Hihi. Orait dear, here is something for you.
Rakan kongsi blog memang rajin ceritakan pasal kegemaran dia. Cik Adik ini pulak sentiasa tiada idea untuk berkongsi cerita. Nak kata sibuk, tidak lah mana. Cuma rutin harian, pergi sekolah-balik sekolah-dinner-tengok tv/movie/main game-tidur-pergi sekolah-balik sekolah..duhhhh, itu sahaja yang saya buat. Hari minggu pula breakfast-carboot sale (melihat lihat saja)-round High Street kalau rajin-lunch-kemas rumah-tengok movie/main game-main game/tengok movie-dinner-tengok movie/main game-tidur. Haha, banyak tengok tv jer bila tibanya hari minggu.



Itular apa yang dibuat, mana idak rasa masa cepat berlalunya. Si dia lar tu yang pengaruhi saya. Tapi best juga, pukul2 si dia, lumba kereta. Biasanya dia lar menang. Nyampah!!

Oh ya, saya ada hobi baru. Hobi mengumpul barang. Permulaannya tika si dia bagi birthday prezzie. Saya pun berniat mengumpul barang tersebut dek kerana banyak pilihan yang boleh dijumpai di carboot. Hek! Carboot jer lar. ;) Barang tersebut adalah miniature rumah rumah kampung sini. Oleh kerana banyak juga miniatures yang berbentuk teko, maka koleksi saya juga merangkumi teko pelbagai bentuk. Nak tengok?? Tapi hanya ada sikit sahaja buat masa ini.

Ada 2 teko kecil, satu berbentuk beg baju, satu lagi rumah bunga. Oh, sungguh comel. Ada teko besar, bentuk rumah biasa. Oh, tak puas tengok. Nak lagiiii??!!Si dia, macam biasa, senyum2 simpul. Tapi ruang letak ini kecil saja kan. Akan ku penuhi sudut tangga rumah ini dengan rumah2 kampung ini suatu hari nanti. Hek. Tadok kije sungguh lar. :D

-jeng jeng, buntu idea. ;) Sekian!


2 comments:

azmina ibrahim said...

come,come...come sgttt collection tuh..simpan byk2 ekk,kalo balik mesia, wat blk ko ambe 1 ;P...baru puas hati ambe, leh baca celoteh sang isteri...kalo dak duk wonder jerk..sihat kah sang isteri?

fara said...

hehe..sejak akhir2 ni, sang isteri rajin plak tulis blog sebab tau ada orang ternanti2!! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...