Thursday, 28 January 2010

The essay structure


Semalam..kami separuh hati ke kelas, pada masa yang sama berkobar-kobar juga. Kelas Penulisan bagi Pascasiswazah. Cuba jer lar pergi. Sekadar kelas untuk kelas. Bukan kelas untuk kredit. Sebaik dapat parking kereta. Jalan punya jalan. Sampai terlalu awal. Lepak kedai kopi. Beli kopi segelas. Pahit bukan main. Susu takde pulak tu. Minum punya minum. (Detailnya cerita sebab klimaks ceritanya pendek jer).

Kelas di bangunan ini

Pergi masuk kelas. Hanya ada dua, tiga kerat. Makin lama makin ramai. Pandang kiri orang india, belakang orang arab. Depan kami dua orang putihs. Depan sikit lagi orang cina, suka senyum. Sebelah kanan, orang melayu yang pemalu (cik abe lar). Hehe. Pandang hujung kelas, orang mesia juga. Pelbagai kaum. Pelbagai bahasa lar dengar di sekeliling kami.

Cikgu pun start lar mengajar. Cikgu pass lar kertas. Kelas bising, cikgu marah-marah suruh berikan perhatian. Orang bercakap-cakap pulak, cikgu marah suruh berikan perhatian. Cikgu bagitahu penulisan ada tajuk, abstrak, pendahuluan, methodologi, keputusan dan perbincangan, kesimpulan. Lepas itu, Cikgu kata nak pergi fotokopi @ fotosalin. Sekali lagi, orang buat bising, cikgu ketuk- ketuk meja marah.

Kemudian, Cikgu suruh baca - apa itu karangan? Cikgu suruh bincang. Kami bising lagi, bincang pasal apa itu laser, kat mana tinggal, rumah dia jauh, orang tu ambik law, dia kenal malaysia dan pelbagai topik.

Cikgu balik dari bilik fotosalin, mesin fotosalin rosak kata cikgu. Cikgu pun suruh balik sebab dia tak boleh fotosalin kertas-kertas tugasan. Kami pun tercengang. Tapi terus berborak. :D

Dalam buku nota kami - penulisan ada ada tajuk, abstrak, pendahuluan, methodologi, keputusan dan perbincangan, kesimpulan. Itu sahaja kami dapat selain daripada ramai kawan baru.

Minggu depan, kami masih terfikir-fikir sama ada masih mahu pergi kelas itu ataupun tidak..Kalau pergi, nanti cikgu marah ketuk-ketuk meja. Kalau tak pergi, tak boleh borak-borak. :p

2 comments:

IzanJay said...

Fara n Azrul!har har har kak izan singgah!!cute je cara cerita pasal kelas tu!!!!!sabar je la dengan kelas2 macam tu..kak izan pun sama..sampai 10 kali pulak tu..takde kredit..tapi wajib datang..tapi cikgu dia kelaka..buat lawak je..so enjoy la..!

azrul said...

nasib kami malang sket aa... tak beh langsung cikgu tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...