Monday, 4 January 2010

2 0 1 0

Tahun baru dekad baru. Alhamdulillah, kami dipanjangkan umur untuk merasai tahun baru dekad baru. Selama 10 tahun berubah daripada seorang pelajar pra-siswazah sehingga menjadi tenaga pengajar pra-siswazah. Selama 10 tahun dari Kuala Terengganu ke Selangor ke Kuala Terengganu dan ke UK kini.

Sepanjang 2009, apa yang telah dicapai? Pikir, pikir. Daripada sudut kerjaya - PTK! Satu konferensi antarabangsa! Ups and downs mengharungi KTP-MOSTI-JKLB-IELTS-BTN-VISA, memacam dugaan untuk melanjutkan pelajaran, alhamdulillah lancar di akhirnya - berjaya menjejakkan kaki ke negara idaman, penilaian pengajaran yang dibanggakan sendiri. Itu sahaja.

Daripada sudut diri sendiri - jejalan semenanjung, jejalan luar negara, puasa 09 belum ganti, shopping puas sana sini, telepon tangan diingini, atasriba yang diimpikan, istana tersendiri dan menjadi pelajar kembali.
Daripada sudut sang isteri - belum pandai masak memacam lagi dan tak pandai main game lagi. hik!

Maka - untuk dekad baru ini, saya harap saya dapat menjadi seorang isteri mithali, anak solehah, muslimah sejati. Saya nak jadi pelajar rajin, saya taknak membeli-belah perihal baju, saya nak pandai masak, saya nak menabung dan melancong lagi dan lagi!! Paris, Germany, London. Oh ya, saya juga teringin ke zoo darat dan zoo air. :D

Kita hanya mampu merancang, dan hanya Dia yang menentukan segalanya. Semoga apa yang kita impikan diberkati Nya dan dimakbulkan. Amin.

Entry ini ditujukan khas buat ahli kongsi blog ini. :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...