Saturday, 12 December 2009

Mee goreng mamak


Selain daripada berkongsi cerita dan minda, saya juga ingin berkongsi resepi.Untuk hari ni, pertama kalinya, resepi-selamba-suka hati mee goreng mamak saya. Nak cuba, silakan dan dijamin kesedapannya. Hehe.

Bahan-bahannya (untuk 1 paket mee kuning kecil):

  • Bawang merah,putih dikisar halus
  • 1/2 sudu besar kari dibancuh air
  • 1/2 sudu besar cili boh
  • Kicap mee yang hitam pekat tu, ikut sedap/warna
  • Kicap kipas udang juga letak, untuk rasa manis2
  • Air sikit
  • Daging/ayam sikit
  • Udang sikit
  • Mee kuning paket kecil
  • Taugey
  • Sawi
  • Cucur udang dipotong kecil
  • Kentang yang dipotong kecil dan digoreng minyak terlebih dahulu
  • Telur sebiji

Caca marba caranya:

  1. tumis bahan kisar bawang2nya sehingga wangi, masukkan cili boh-tumis hingga pecah minyak.
  2. masukkan pula bancuhan kari-tumis sehingga pecah minyak juga.
  3. kemudian, letak daging/ayam-sehingga masak, letak air sikit.
  4. apabila dah masak, letak lar kicap mee, kicap, gula dan garam secukup rasa.
  5. dah agak2 sedap ikut citarasa memasing, masukkan cucur udang, kentang.
  6. agak2 sebati semua, masukkan pula sayur2 dan mee kuning.
  7. kacau2 biar sebati semua, jadi warna coklat kehitaman, masukkan pula telur.
  8. goreng sehingga agak2 kering.

ta daaaa..selamat mencuba!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...