Thursday, 10 December 2009

Kawan saya kahwin

Hadiah Intan sebelum diposkan ke Malaysia

Lusa kawan saya kahwin. Tapi saya tidak dapat hadir. Maka saya hanya mampu untuk poskan hadiah kepadanya melalui udara. Harap dia suka. Hadiah saya simple sahaja. Cuma sepasang sarung bantal comel teramat cute yang saya pun suka. Yer, memang sarung bantal sahaja, tidak bersekali dengan cadar. Memang dijual begitu. Saya beli sebab ia adalah sarung bantal comel teramat cute saya pun suka. :)

Lebih kurang begini hadiah kahwin untuk kawan saya. Comel kan?

Kami kenal sejak dari kecil. Tapi kami kawan baik sejak dari sekolah menengah. Kami sekelas 2 tahun sahaja, duduk bersebelahan. Walaupun hanya rakan sekelas selama 2 tahun sahaja tetapi kami berkawan sehingga kini. Sejak wujudnya "muka buku", kami saling berhubung melalui jaringan itu. Dan sebelum wujudnya muka buku, kami hanya berjumpa sewaktu hari raya. Yer, kami hanya bertemu pada cuti hari raya. Tak rapat tapi mesra. Oh ya, ayah saya dan ayah dia berkawan sejak dari kecil juga. :D

Sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan watak sebenar

Saya teringin tengok kawan saya kahwin. Tapi saya tidak dapat hadir. Maka saya hanya mampu berdoa dari jauh semoga hari pernikahan dan persandingannya berjalan dengan baik, lancar, meriah, dan dia dan keluarga dan sahabat handai beroleh kegembiraan. Saya juga ingin mengucapkan selamat berbahagia kepada kawan saya dan pasangannya. Semoga hidup mereka berdua dirahmatiNya dan jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhirat nanti.

Congrates Intan..I'm happy for you. Welcome to da club!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...