Friday, 18 December 2009

Cerita singkat

Saya sedang makan tengahari di bilik di school saya. Saya makan nasi goreng kampung. sebaik ada ikan bilis makcik bagi. Pastu, ada serbuk belacan, maka boleh lar buat nasi goreng rasa ke-malaysian-an. Sungguh menyelerakan. Encik suami ada, lunch bersama saya harini sebab hari ni dia lepak kat library school saya. Supervisor dia dah bercuti. Supervisor saya belum maka saya pun tak boleh cuti awal lar. Officemate saya ni tiada di bilik. Dia pergi lunch luar, makan bersama kawan2 di Beumaris. Biasa2 dia lunch di bilik ini saja. Kekadang nampak dia makan banana jer dalam bilik. Tahan ek perut dia.

School ni nampaknya orang dah berkurangan. Sunyi sepi. Ramai dah balik kampung. Lagipun students dah start cuti semester sehingga Januari. Manakala staff akan mula bercuti secara rasminya pada 24hb dec dan pejabat akan dibuka semula pada 4 Januari.

Harini sejukkk sangat. 1-2 degrees celcius jer. Beku kepala dan hujung jari jemari. Lagi2 kat school duduk tepi tingkap (situ je tempat ley dapat wireless internet). Tak tahan sangat jadi balik rumah awal, bungkus diri dalam duvet. Pasang electric blanket, dan urgghh, sungguh warm dan selesa. Pastu minum coffee panas. Oh, nikmat sekali.


Pak Peter, handyman landlady janji nak datang untuk baiki washing machine kami. Bukan rosak tapi ada sedikit rupa yang perlu dibaiki. Janji dari itu hari tapi tak datang2. Pagi tadi janji nak datang pukul 9, tunggu punya tunggu, kul 10 called kata van rosak. Janji plak nak datang pukul 3 petang ni, tunggu berjanggut dah ni tapi senyap sepi jer. Aiii..Pak Peter, kenapakah begitu. penantian tu suatu penyeksaan tauu.

Esok kami nak bersiap sedia untuk sesuatu. Perkaranya dijangkakan hari Ahad, insyaAllah. Excited ni. Tapi nanti kami bagitau. Harap semuanya berjalan lancar. Harap semuanya sedap.

Blogging off now.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...