Monday, 30 November 2009

Food-shopping at Man*hester

Pertama kali kereta warna bukan hijau-bukan biru kami berjalan jauh, ke Manchester. Memakan masa selama 2 jam lebih kurang. Bermula 8 pagi dari teratak Bangor. Fath*n tak sabar menanti kehadiran kami ke sana kerana dia ketandusan kawan berborak.
:D peace Fath*in.
Perkenalan kami adalah dari kem memupuk-kecintaan-kenegaraan sehingga ke UK.

Sesat mencari student hall dia. Tunggu saja di tanda-tanah (landmark) yang jelas. Pertemuan peluk-cium kami diteruskan ke shopping mall ada-baju-banyak-murah!!.. Tapi si isteri mahupun sang suami tidak ada mood untuk membeli. Dalam tiada mood, si isteri sempat memilih sepasang baju tidur fleece-lagi lembut-lagi suam. :D wanita!!

Perjalanan kami diteruskan kepada niat sebenar ke bandar tersebut. Iaitu membeli makanan halal dan yang susah didapati di bandar kampung kami. Chinese supermarket - yang dibeli fishball, kicap KIPAS UDANG!! itu sahaja. dan gembiranya sang suami menjumpai air kirin nya, teh susu. sedap, memang teh dicampur susu. hihi. imported dari negara matahari terbit. mahal! 1.99GBP. convert to RM, RM12 untuk sebotol air teh susu!! si isteri membeli air tebu jenama Ye*os, tapi diimport dari Sweden. bukannya dari Mesia.

Supermarket halal di bandar penuh dengan indians, arabs and pakistani dituju sejurus itu. Melepak di kedai kebab. Fath*in gumbira dapat berborak. Bukan dia saja, kami pun. Sebelum pulang, solat dan berehat di bilik dia. Sebelum malam kami meneruskan perjalanan ke Bangor. Sebelum waktu Isyak kami sampai di teratak. Alhamdulillah, sempat waktu untuk bersolat Maghrib. Memang itu rancangannya.

Man*hester akan pasti kami kunjung lagi untuk stok makanan dan sesi bergambar. Kami tidak bergambar, argh. Rugi. Kunjungan pertama adalah yang perlu direkod pasti.

Salam,
Fara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...